Bangunan Rektorat UIN SUSKA, Riau |
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim
(UIN SUSKA) Riau merupakan hasil pengembangan/peningkatan status pendidikan
dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sultan Syarif Qasim Pekanbaru yang
secara rasmi dikukuhkan berdasarkan Peraturan Presiden Republik Indonesia No. 2
Tahun 2005 bertarikh 4 Januari 2005 tentang perubahan IAIN Sulthan Syarif Qasim
Pekanbaru menjadi UIN Sultan Syarif Kasim Riau dan dirasmikan pada 9 Februari
2005 oleh Presiden RI, Bapak Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tindak
lanjut perubahan status ini, Menteri Agama RI menetapkan Organisasi dan Tata Kerja
UIN Suska Riau berdasarkan Peraturan Menteri Agama RI No. 8 Tahun 2005
bertarikh 4 April 2005.
Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Qasim (IAIN Susqa) Pekanbaru
didirikan pada 19 September 1970 berdasarkan Surat Keputusan Menteri Agama
Republik Indonesia No. 194 Tahun 1970. Institut ini dirasmikan oleh Menteri
Agama Republik Indonesia, Kiyai Haji Ahmad Dahlan pada 19 September 1970 dengan
menandatangani piagam dan pelantikan Rektor yang pertama, Prof. H. Ilyas
Muhammad Ali.
IAIN Susqa ini pada mulanya mempunyai beberapa Fakulti dari Perguruan Tinggi Agama Islam Swasta yang kemudian dinegerikan, iaitu Fakulti Tarbiyah, Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin.
IAIN Susqa ini pada mulanya mempunyai beberapa Fakulti dari Perguruan Tinggi Agama Islam Swasta yang kemudian dinegerikan, iaitu Fakulti Tarbiyah, Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin.
Dengan persetujuan Pemerintah Daerah, maka Institut Agama Islam Negeri
Pekanbaru ini diberi nama dengan Sultan Syarif Qasim, yaitu nama Sultan Kerajaan
Siak Sri Indrapura ke-12 atau terakhir, yang juga nama pejuang nasional berasal
dari Riau. Pengambilan nama ini mengingat jasa-jasa dan pengabdian beliau
terhadap negeri, termasuk di bidang pendidikan.
Ketika didirikan, IAIN Susqa hanya terdiri daripada tiga Fakulti, iaitu
Fakulti Tarbiyah, Fakulti Syari’ah, dan Fakulti Usuluddin. Namun sejak tahun
1998, IAIN Susqa mengembangkan institusi dengan membuka Fakulti Dakwah
berdasarkan Surat Keputusan Menteri Agama Republik Indonesia No. 104 Tahun 1998
bertarikh 24 Februari 1998. Pada tahun 1997 telah berdiri pula Program
Pascasarjana/PPs IAIN SUSQA Pekanbaru.
Melalui keputusan mesyuarat Senat IAIN Susqa pada 9 September 1998 yang menetapkan perubahan status IAIN Susqa menjadi Universitas Islam Negeri (UIN) Sultan Syarif Kasim Riau, maka dilakukan persiapan secara bertahap. Sehingga pada tahun akademik 2002/2003, program pengajian telah ditambah dan ditingkatkan menjadi fakulti yang berdiri sendiri. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Psikologi, Fakulti Ekonomi dan Fakulti Peternakan.
Melalui keputusan mesyuarat Senat IAIN Susqa pada 9 September 1998 yang menetapkan perubahan status IAIN Susqa menjadi Universitas Islam Negeri (UIN) Sultan Syarif Kasim Riau, maka dilakukan persiapan secara bertahap. Sehingga pada tahun akademik 2002/2003, program pengajian telah ditambah dan ditingkatkan menjadi fakulti yang berdiri sendiri. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Psikologi, Fakulti Ekonomi dan Fakulti Peternakan.
Dengan demikian, pada tahun akademik 2002/2003, IAIN Susqa sebagai
persiapan UIN SUSKA Riau telah mempunyai 8 fakultas, yaitu: Fakulti Usuluddin, Fakulti
Syari’ah, Fakulti Tarbiyah, Fakulti Dakwah, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti
Psikologi, Fakulti Ekonomi, dan Fakulti Peternakan.
Dewasa ini, UIN Suska telah mempunyai keluasan kampus seluas 84.15
Hektar yang terdiri dari 3.65 Hektar di Jl. K.H. Ahmad Dahlan dan 80.50 Hektar
di Km. 15 Jl. Soebrantas Simpangbaru Panam, Pekanbaru.
Sesuai dengan Peraturan Menteri Agama RI No. 8 Tahun 2005, UIN Suska sudah
memiliki 8 fakulti, iaitu: Fakulti Tarbiyah dan Keguruan, Fakulti Syariah dan
Ilmu Hukum, Fakulti Ushuluddin, Fakulti Dakwah dan Ilmu Komunikasi, Fakulti
Sains dan Teknologi, Fakulti Psikologi, Fakulti Ekonomi dan Ilmu Sosial, dan Fakulti
Pertanian dan Peternakan.
Sejak berdirinya IAIN Susqa sampai menjadi UIN SUSKA hingga sekarang ini
telah beberapa kali berlaku pertukaran rektor, adalah sebagai berikut:
1. Prof. H. Ilyas Muh. Ali (1970 – 1975)
2. Drs. H. A. Moerad Oesman (1975 – 1979)
3. Drs. Soewarno Ahmady (1979 – 1987)
4. Drs. H. Yusuf Rahman, MA (1987 – 1996)
5. Prof. Dr. H. Amir Luthfi (1996 – 2005)
6. Prof. Dr. H. M. Nazir (2005 – sekarang)
pak nazir ada lagi...zaman kita dulu dekan tarbiah...tahniah pak nazir...rindu dgn kenangan semasa kuliah di iain susqa pekanbaru....kuliah kt panam naik bas,,, tanah merah lagi berselut...skrg dah cantik...alhmdulillah...
ReplyDelete