25 May 2012

Fakulti Syari'ah Dan Ilmu Hukum

Fakulti Syari'ah Dan Ilmu Hukum adalah sebagai Lembaga Pendidikan Tinggi Islam Utama Dalam Bidang Peradilan Agama dan Undang-Undang Keluarga Islam yang dapat berdiri dengan sendiri dan dapat dijadikan rujukan dalam mencetak sumber manusia yang profesional di rantau Asia Tenggara tahun 2013.

Fakulti ini adalah diantara sebuah fakulti yang ditubuhkan dalam
Perguruan Tinggi Agama Islam semenjak IAIN lagi, tepatnya pada tahun 1970. Tahun demi tahun, Fakulti Syari’ah Dan Ilmu Hukum telah berkembang sesuai dengan prestasi IAIN SUSKA menjadi UIN SUSKA dan kehendak semasa serta meningkatkan usaha menjadi rujukan masyarakat.


Pada mulanya, Fakulti Syari'ah Dan Ilmu Hukum mempunyai dua jurusan sahaja iaitu Jurusan Peradilan Agama (PA) dan Jurusan Perdata/Pidana Islam (PPI). Pada tahun 1989/1990 terdapat pula perubahan dan penambahan jurusan, yaitu Jurusan Perbandingan Mazhab (PM) sebagai jurusan baru, dan jurusan Mu’amalah Jinayah (MJ) sebagai ganti dari jurusan Perdata dan Pidana Islam. Enam tahun kemudian, tepatnya pada tahun 1995/1996 terjadi lagi perubahan jurusan Peradilan Agama (PA) berubah nama dengan Ahwal al-Syakhshiyah (AS), jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum (PMH), jurusan Muamalah Jinayah berkembang menjadi dua jurusan iaitu jurusan Muamalah (M) dan jurusan Jinayah Siyasah (JS). Kemudian pada tahun 1997/1998 berganti nama lagi menjadi:

1. Jurusan Ahwal al-Syakhshiyah yang disingkat semula dari AS menjadi AH.
2. Jurusan Muamalah tidak ada perubahan
3. Jurusan Perbandingan Mazhab Hukum (PMH) menjadi Perbandingan Hukum dan Mazhab (PHM)
4. Jurusan Jinayah Siyasah (JS) menjadi Siyasah Jinayah (SJ)

Seiring dengan visi UIN Suska Riau serta keperluan akan ahli undang-undang yang professional saat ini, maka berdasarkan Surat Keputusan Pengarah Jeneral Pendidikan Islam Nombor: Dj.I/284/2007, tarikh 15 Ogos 2007 telah ditubuhkan Program Jurusan Ilmu Hukum dengan konsentrasi Hukum Perniagaan dan undang-undang Tata Negara yang berada di bawah Fakulti Syari'ah dan Ilmu Hukum UIN Suska Riau, sebagaimana tindak lanjut dari Peraturan Menteri Agama RI Nombor 8 Tahun 2005, bahawa diantara Fakulti yang ada di persekitaran UIN Suska Riau adalah Fakulti Syari'ah dan Ilmu Hukum.

Sehingga kini, Fakulti Syari'ah Dan Ilmu Hukum mempunyai 6 Jurusan bagi Ijazah Sarjana Muda dan 1 Jurusan bagi Diploma seperti berikut:
  • Ahwal al-Syakhshiyah
  • Muamalah
  • Perbandingan Hukum dan Mazhab
  • Siyasah Jinayah
  • Ekonomi Islam
  • Ilmu Hukum
  • Perbankan Syari'ah (Diploma)

No comments:

Post a Comment