27 May 2012

Pengurusan Mahasiswa


Yuran Pengurusan Mahasiswa adalah bayaran yang dikenakan untuk pengurusan bermula dari Surat Tawaran Pengajian sehingga mahasiswa mendapat Kartu Tanda Mahasiswa adalah sebanyak RM500.00. Yuran pendahuluan hendaklah dibayar sebanyak RM100 sebelum 20 Julai 2012 dan tidak akan dikembalikan. Selebihnya hendaklah dibayar setelah pemohon mendapat Surat Tawaran Pengajian.

Bil.
Perkara
Jumlah
1
Yuran Pengurusan
RM300.00
2
Bayaran Visa
RM170.00
3
Majlis Sambutan
RM  30.00
JUMLAH
RM500.00

Pertama:
1. Wakil kami akan menguruskan Surat Tawaran Pengajian di UIN SUSKA.
2. Pihak kami menawarkan pembelian tiket penerbangan kepada anda dari LCCT, Sepang ke Pekanbaru melalui penerbangan AirAsia. (Kalau nak beli sendiri pun tak ada masalah. Kalau nak minta kami belikan akan dikenakan caj RM10).
3. Anda akan dibawa oleh wakil kami ke Bahagian Imigrasi Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur untuk mendapatkan visa pelajar selama 2 bulan.**

p/s: Sila pastikan dokumen anda lengkap seperti Passport, Surat Tawaran, Gambar.

Kedua:
1. Setelah sampai di Pekanbaru, wakil kami atau Exco PKPMI-CPB akan menempatkan anda di penempatan sementara iaitu di MESS Pelajar Malaysia bagi mahasiswa lelaki dan bagi mahasiswa perempuan di rumah pelajar senior perempuan. Makanan akan disediakan pada hari pertama anda sampai di Pekanbaru.
2. Anda akan dibawa ke Bahagian Akademik dan Bahagian Kerjasama di Rektorat UIN SUSKA untuk mengisi borang dan dokumen yang berkaitan.
3. Anda akan dibawa ke Bank Mandiri untuk ‘bank in’ yuran pendaftaran sebanyak Rp5,230,000 ke akaun UIN SUSKA.
4. Anda akan dibawa sekali lagi ke Rektorat untuk menguruskan Kartu Tanda Mahasiswa (KTM) dan Buku Tabungan Bank.
5. Anda akan dibawa ke Fakulti yang dipilih untuk majlis penyerahan mahasiswa kepada Dekan Fakulti dan membuat Surat Akuan Pelajar.
6. Anda akan ditempatkan di asrama UIN SUSKA.
7. Anda akan mula mamasuki kuliah pada 3 September 2012.

p/s: Pengurusan ini akan mengambil masa selama 2 minggu.

Tarikh-Tarikh Penting:

BIL.
TARIKH
CATATAN
1.
20 Julai 2012
Tarikh permohonan ditutup dan terakhir bayaran pendahuluan pengurusan sebanyak RM200
2.
23 – 27 Julai 2012
Pengurusan Surat Tawaran Pengajian Sesi 2012/2013
dan Surat Tawaran Pengajian dikeluarkan
3.
28 – 29 Julai 2012
Pembelian tiket penerbangan AirAsia secara pukal
4.
30 Julai – 3 Ogos 2012
Membuat visa pelajar di Kedutaan Indonesia, KL
5.
19 Ogos 2012
Penerbangan ke Pekanbaru dengan AirAsia
6.
20 – 31 Ogos 2012
Pengurusan kemasukan mahasiswa sesi 2012/2013
7.
3 September 2012
Mula kuliah di UIN SUSKA

3 comments:

  1. Salam. Adakah agensi anda masih menguruskan kemasukan pelajar malaysia ke suska? Saya berminat utk smbg belajar di sana. Saya akan tamat diploma syariah mac 2016.

    ReplyDelete
  2. Salam. Adakah agensi anda masih menguruskan kemasukan pelajar malaysia ke suska? Saya berminat utk smbg belajar di sana. Saya akan tamat diploma syariah mac 2016.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikumussalam, page ini sudah tidak diuruskan lagi kerana mereka telah tamat belajar. Sila berhubung dengan presiden mahasiswa malaysia di pekanbaru menerusi facebook Pkpmi Cawangan Pekanbaru. Maklumkan bahawa anda berminat utk sambung pengajian di sana. Terima kasih. Harap dpt membantu...

    ReplyDelete