25 May 2012

Fakulti Usuluddin

Fakulti Usuluddin sebagai salah Fakulti di dalam kelompok Perguruan Tinggi Agama Islam, mempunyai tugas untuk mengembangkan ilmu-ilmu dasar ke-Islaman yang membicarakan persoalan-persoalan tentang ketuhanan, kajian-kajian berdasarkan tafsir dan hadis, pemahaman tentang falsafah dan agama-agama di dunia dan yang berkaitan dengannya. Namun demikian kerana suatu ilmu itu tidak dapat berdiri sendiri secara mutlak, maka ilmu Usuluddin memerlukan ilmu-ilmu lain yang memiliki karekter yang sejenis iaitu ilmu-ilmu yang membicarakan agama secara umum dan ilmu-ilmu bantu yang lain seperti sosiologi, antropologi, psikologi dan lain-lain, yang membicarakan pendidikan agama Islam dalam tataran paradigma sains secara umum.


Ilmu Usuluddin jika dilihat dari sisi paradigma keilmuan, berada dalam lingkungan filsafah, ilmu tasawuf, ilmu tafsir, ilmu hadits dan ilmu agama-agama secara umum. Oleh kerana itu terdapat beberapa jurusan atau program pengajian di bawah Fakulti Usuluddin iaitu:
  • Aqidah Filsafah
  • Tafsir Hadis
  • Perbandingan Agama
Usuluddin sebagai suatu ilmu harus diletakkan sebagai ilmu murni dalam paradigma ilmu-ilmu ke-Islaman. Sebagai ilmu murni, Usuluddin menjadi asas bagi perkembangan ilmu ke-Islaman lain yang tersebar di sebahagian Fakulti diantaranya Tarbiyah, Syari’ah, Dakwah dan Adab. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa ilmu Usuluddin sebagai Mother of Islamic Science.

No comments:

Post a Comment