24 May 2012

Pengiktirafan

Program-program yang ditawarkan adalah bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehubungan dengan pengiktirafan yang telah ditetapkan oleh JPA untuk Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA) adalah bagi program-program pengajian secara sepenuh masa (full time) adalah seperti berikut:

Program       : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) – Setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan dengan syarat Indeks Prestasi 3.00 dan ke atas.

Mod              : Sepenuh Masa (Full Time)

Fakulti           : Fakulti Usuluddin (S.Ud), Fakulti Syariah Dan Ilmu Hukum (S.Sy.) dan Fakulti Dakwah Dan Ilmu Komunikasi (S.Kom.I)

Tempoh         : 4 tahun (STAM/STPM), 3 Tahun (Diploma)

Bagi program kerjasama dengan UIN SUSKA adalah bagi lepasan Diploma boleh dilakukan dengan pertukaran jam kredit (transfer) sebanyak 30 % sahaja dari transkrip Diploma yang diiktiraf oleh JPA. Kemudian, bagi lepasan Diploma diwajibkan mengikuti temuduga berdasarkan syarat-syarat fakulti tertentu jika dianggap perlu.

Untuk pengesahan kelayakan/pengiktirafan boleh layari Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di www.jpa.gov.my

No comments:

Post a Comment